Wahai sahabat... Wahai teman... ku tujukan khas kepada mereka yang berpasangan... Mengapa Allah melarang (mengharamkan) kita berpasang-pasangan (couple)??? kerana Allah suruh kita jauhi zina... dua
ayat yang berbeza surah.... tp ada kaitan antara satu sama lain... pasti ada diantara mereka yang berkata " apa salahnya kami ber-couple??? kami x sentuh, peluk apatah lagi zina..." sebelum saya jawab soalan seperti itu, kita tanya diri kita kembali... apakah Allah akan menerima alasan tersebut di akhirat??? sila jawab..... ya memang kita x sentuh dia, kita x lakukan apa apa pada dia pada zahirnya penzinaan. tp, bagaimana pula dengan batin??? kita leka merinduinya menyentuh hati dan perasaan... akal memainkan ayat ayat syahdu melalaikan... lantas bibir berbicara dusta telinga menerimanya tersentuh hati dan perasaan pasangan.... dalam erti kata lain kita hanyut dibuai nafsu yang diselindungi peng-halalan diri sendiri... ini juga zina namanya... bila kamu berdua akan pasti ada yang ketiga iaitu syaitan.... kuatkah kita untuk menepis segala pujuk rayu syaitan???? segala hasutan seleweng yang syaitan bisikkan ke telinga kita??? tepuk dada... tanya apa khabar iman kita, namun hanya amalan yang menjawabnya....
Nukilan Jiwa
Saturday, 28 June 2014
Saturday, 7 June 2014
Waktu Derita, Berhujung Bahagia
'Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan bagi menguji kamu, siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya dan Dia maha kuasa, lagi maha pengampun'
Perhatikan petikan ayat '...bagi menguji kamu, siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya...'
Allah menggunakan kalimah ahsanu iaitu terbaik dan bukannya aksaru iaitu terbanyak dalam menyatakan tujuannya menguji manusia.
Rasulullah pernah bercerita kepada para sahabat di mana seorang wanita penzina di masukkan ke dalam syurga Allah, seorang leleki yang membunuh 100 orang juga di amuskkan ke dalam syurga Allah tanpa mereka sempat bertaubat... kerana wanita itu menyelamatkan nyawa seekor anjing dengan memberi minum... kerana lelaki itu berusaha dan yakin kepada Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya.... amalan mereka ini yang dikatakan terbaik amalannya.... sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri... salam Asar... awak memang comel ^_^
Monday, 26 May 2014
Teman
Diri ku terdiam seribu bahasa
Menjadi alpa dengan apa yang ku terima
Menjadi sangsi akan hidup yang di jalani
Satu persatu hilang dari pandangan.
Ku sedar apa yang seharusnya ku tempuhi
Tak mungkin dapat ku leraikan lagi
Semua ini bukannya ku inginkan
Menambahkan lagi kedukaan cobalah fahami.
Ku hilang tanpa berita
Aku pergi tanpa kata
Ku berubah tanpa di sedar
Hanya mampu pendamkan rasa
Pastinya ada saja
Yang menganggu di fikiran ku
Ku menjadi tak menentu
Kedinginan hati, tak siapa yang tahu
Hanya mampu pendamkan rasa
Kini ku terdiam seribu pekataan
Mencari apa sebenar yang terjadi
Diri ku yang menjadi perbualan
Melihat perubahan diri ku ini..
Wahai teman, maafkanlah..
Andaikan ku berubah.
Bukannya ku mahu.
Namun tak mampu.
Ku selindungkan rasa di hati ku...
Sunday, 25 May 2014
Sandaran Hati
Pertemuan kita,
Tak mungkin kan dapat ku lupa
Yang terindah dan yang teristimewa,
Menjadi sandaran di hati
Dan andainya di suatu hari,
Harusku melangkah pergi
Kenangilah segala memori,
Biar kekal hingga akhir nanti
Setiap gurauan mengisi hariku,
Setiap tawamu hilangkan resahku
Bagaimana nanti andainya kau pergi,
Hilanglah sandaran di hati
Akan ku ingatkan pada dirimu,
Setiap masa berlalu bermakna bagiku
Mengenalimu dan menyayangimu,
Merubah hidupku
Andainya kau tak merasa apa yang ku rasa,
Tidak mengapa
Aku percaya ada hikmahnya,
Hanya ingin kau tahu perasaanku
Perasaanku.....
Inginku hadiahkanmu,
Lagu ini ikhlas dari hati.
Siapa tahu, aku yang kau rindu.
Akan ku ingatkan,
Kaulah sandaran di hati.
Saturday, 24 May 2014
Tiada Yang Sempurna
Allah S.W.T maha tahu isi hati kita. Allah lebih tahu apa yang menjadi keperluan kita, melebihi pengetahuan diri kita sendiri. Apabila cinta yang kita ungkapkan bertepuk sebelah tangan atau pun terkandas ditengah jalan, Allah telah menyediakan pengganti yang lebih baik dan sepadan. lebih baik tidak bererti lebih cantik ataupun tampan, tidak juga lebih kaya ataupun berpendidikan.
Mungkin hal agamanya lebih baik daripada dahulu.Sifat soleh yang menghantar kita ke syurga, mungkin lebih dimiliki oleh dia dari yang dahulu. Sekiranya diberikan orang yang lebih sempurna, kita perlu lebih bersyukur. Lebih cantik dan lebih solehah ataupun sebaliknya. Siapa yang tidak mahu?
Mungkin hal agamanya lebih baik daripada dahulu.Sifat soleh yang menghantar kita ke syurga, mungkin lebih dimiliki oleh dia dari yang dahulu. Sekiranya diberikan orang yang lebih sempurna, kita perlu lebih bersyukur. Lebih cantik dan lebih solehah ataupun sebaliknya. Siapa yang tidak mahu?
Dari sudut lain jangan pula kita merasakan pasangan yang ada
sekarang lebih jelik daripada dahulu. Jangan pula baru sekilas melihat, sudah
membuat kesimpulan. Setiap orang ada kekurangan dan ada kelebihan. Hal ini
sunnatullah. Seorang yang kita anggap istimewa ataupun berkelebihan dalam
satu-satu hal, pasti memiliki kelebihan dalam hal yang lain. Allah mengingatkan
kita supaya tidak memburuk-burukkan Antara satu sama lain. Ini kerana, mungkin
yang diburukkan itu jauh lebih mulia di sisi-Nya daripada yang
memburuk-burukkan.
“ Wahai orang yang
beriman, janganlah sekumpulan lelaki merendahkan kumpulan yang lain. Mungkin yang
ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Jangan pula sekumpulan perempuan
merendahkan kumpulan lain. Mungkin yang direndahkan itu lebih baik. Janganlah suka
mencelakakan dirimu sendiri, dan jangan memanggil dengan gelaran yang
mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk selepas
iman. Barang siapa yang tak bertaubat, mereka itu orang yang zalim.” Surah
al-Hujurat, ayat 11.
Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W mengingatkan, “Seorang telah cukup disebut jahat apabila
dia menghina saudara sesame Muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap Muslim
adalah Haram adalah haram untuk
Muslim yang lain.” Hadith ini
direkodkan oleh Muslim.
Ya, tiada yang sempurna termasuk pasangan kita. Apa yang
menjadi masalah bukan kekurangan yang ada pada dirinya. Tetapi, yang jadi
masalah adalah kita lebih melihat kekurangan daripada menggali kelebihan yang
ada padanya. Sekiranya kita mengamalkan cara begitu, pasti tidak tumbuh sikap
bersyukur dan baik sangka kepada-Nya. Apa yang ada hanya keluhan, penyesalan,
serta rasa tidak puas hati atas apa yang dikurniakan oleh-Nya.
Thursday, 22 May 2014
Usah Bermain Dengan Perasaan
Sifat mengutamaan perasaan, tanpa
mengira lelaki ataupun perempuan, ada kalanya menjadi kelemahan dalam diri. Pada
zaman Rasulullah S.A.W, apabila seorang wanita daripada kabilah Makhzumiah
mencuri, Rasulullah S.A.W tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman potong tangan.
Rasulullah S.A.W seorang yang lemah lembut, namun semasa menegakkan hokum Allah
S.W.T, ketegasan baginda luar biasa. Baginda tidak bermain-main dengan
perasaannya.
Semasa orang Quraish meminta
Usamah bin Zaid mengajukan kepada Rasulullah S.A.W supaya hukuman di ringankan,
baginda marah dan berkata, “Wahai manusia, apa yang menyebabkan binasanya
umat-umat sebelum kamuadalah apabila mereka mengetahui ada orang mulia yang
mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi, apabila mereka mendapati ada orang lemah
yang mencuri, mereka menjatuhkan hukuman. Demi Allah S.W.T sekiranya Saidatina
Fatimah Binti Muhammad yang mencuri, aku memotong tangannya.” Hadith ini
direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.
Sikap tegas Rasulullah S.W.T
perlu ada pada semua hakim supaya apabila mereka menjatuhkan hukuman, mereka
tidak dimainkan oleh perasaan dan mereka tetap tegas. Sekiranya pesalah
ternyata bersalah, hukuman perlu dijatuhkan, tanpa mengira status dan pangkat
pesalah untuk setiap pesalahuntuk setiap kesalahan, hukuman perlu ditegakkan.
Allah S.W.T mengingatkan, “Wahai orang beriman, jadi
orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah, dan menjadi saksi yang
adil. Jangan dibiarkan kebencianmu kepada satu kaum, mendorong kamu berlaku
tidak adil. Berlaku adil kerana adil dekat kepada taqwa. Bertaqwa kepada Allah
S.W.T, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Maidah,
ayat 8.
Sekiranya kita sedang mengalami
kegagalan bercinta, jangan bermain-main dengan perasaan. Ini kerana, ia
menjadikan diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik
daripada dirinya, dan tiada siapa dapat mengisi relung hati kita selain
dirinya. Begitu yang terjadi apabila perasaan memainkan peranan. Apa yang
timbul adalah rasa kerdil, pandangan kerdil dan sikap yang membuatkan diri
menjadi lemah dan dikasihani, seperti mengeluh, bersedih, dan meratapi
kegagalan.
Oleh itu, keyakinan erlu ditanam
di dalam hati. Walau apa pun yang menimpa diri, kita perlu berlapang dada. Lihat
semua masalah dengan kaca mata iman, bukan perasaan. Sehingga timbul penyesalan
kepada apa menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.
Wednesday, 21 May 2014
Rahsia Kita Dengan Allah
Wahai saudara, saudari, sahabat, dan kamu yang pernah singgah di dalam lubuk hati ku, biar kisah ini menjadi rahsia di Antara kita dan Dia. Sememangnya baik untuk diketahui, biar Dia yang menyingkab tabirnya. Namun, sekiranya tiada kemaslahatan untuk di singkap, lebih baik kita jadikannya rahsia abadi yang kita bawa sehingga mati.
Biar kisah kegagalan bercinta
yang kita alami menjadi misteri. Tiada seorang pon menyangka, dia yang menjadi
dirimu patah hati, kecewa dan merana, rupa-rupanya dia yang sering dilihat di
hadapan mata. Biar hal ini menjadi saranan motivasi untuk terus melangkah, dan
menatap masa hadapan yang lebh cerah. Oleh sebab itu tidak perlu orang lain
tahu.
Allah s.w.t yang maha menggenggam
lebih tahu mana yang terbaik untuk diungkapkan dan mana yang tidak perlu. Seperti
kisah nabi dalam al-Quran, sebahagian diceritakan dan ssebahagian lagi tidak. Pasti
ada rahsia dan hikmmahnya.
“Sesungguhnya Kami utus beberapa
Rasul sebelum kamu, Antara mereka ada yang Kami ceritakan kepada kamu, dan Antara
mereka ada pula tidak kami ceritakan.” Surah al-Mukmin ayat 78.
Biar kisah kita menjadi rahsia antara
kita dan Allah s.w.t, ataupun lebih lengkap lagi, Antara kita, dia, dan Allah
s.w.t.
Subscribe to:
Comments (Atom)



