Thursday, 22 May 2014

Usah Bermain Dengan Perasaan



Sifat mengutamaan perasaan, tanpa mengira lelaki ataupun perempuan, ada kalanya menjadi kelemahan dalam diri. Pada zaman Rasulullah S.A.W, apabila seorang wanita daripada kabilah Makhzumiah mencuri, Rasulullah S.A.W tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman potong tangan. Rasulullah S.A.W seorang yang lemah lembut, namun semasa menegakkan hokum Allah S.W.T, ketegasan baginda luar biasa. Baginda tidak bermain-main dengan perasaannya. 

Semasa orang Quraish meminta Usamah bin Zaid mengajukan kepada Rasulullah S.A.W supaya hukuman di ringankan, baginda marah dan berkata, “Wahai manusia, apa yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kamuadalah apabila mereka mengetahui ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi, apabila mereka mendapati ada orang lemah yang mencuri, mereka menjatuhkan hukuman. Demi Allah S.W.T sekiranya Saidatina Fatimah Binti Muhammad yang mencuri, aku memotong tangannya.” Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Sikap tegas Rasulullah S.W.T perlu ada pada semua hakim supaya apabila mereka menjatuhkan hukuman, mereka tidak dimainkan oleh perasaan dan mereka tetap tegas. Sekiranya pesalah ternyata bersalah, hukuman perlu dijatuhkan, tanpa mengira status dan pangkat pesalah untuk setiap pesalahuntuk setiap kesalahan, hukuman perlu ditegakkan.

Allah S.W.T  mengingatkan, “Wahai orang beriman, jadi orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah, dan menjadi saksi yang adil. Jangan dibiarkan kebencianmu kepada satu kaum, mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adil kerana adil dekat kepada taqwa. Bertaqwa kepada Allah S.W.T, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Maidah, ayat 8.

Sekiranya kita sedang mengalami kegagalan bercinta, jangan bermain-main dengan perasaan. Ini kerana, ia menjadikan diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik daripada dirinya, dan tiada siapa dapat mengisi relung hati kita selain dirinya. Begitu yang terjadi apabila perasaan memainkan peranan. Apa yang timbul adalah rasa kerdil, pandangan kerdil dan sikap yang membuatkan diri menjadi lemah dan dikasihani, seperti mengeluh, bersedih, dan meratapi kegagalan.

Oleh itu, keyakinan erlu ditanam di dalam hati. Walau apa pun yang menimpa diri, kita perlu berlapang dada. Lihat semua masalah dengan kaca mata iman, bukan perasaan. Sehingga timbul penyesalan kepada apa menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.

No comments:

Post a Comment