Tiada dendam, rasa sakit hati dan
tidak perlu bermusuhan dengan dia, walaupun rasa sakit sukar dilupakan,
seolah-olah sumsum batin yang dalam yang dikoyak-koyakkan. Oleh itu pandai-pandai
dalam menata dan menjaga hati supaya tidak diperdaya oleh si durjana. Tiada
yang dapat mengarahkannya selain diri kita sendiri.
Sebagaimana kata-kata Syeikh Abul
A’la Al-Maududi, “ Sekiranya manusia mengikuti jalan kebaikan dan kebenaran,
iaitu dia bebas memilih dan mengikutinya, dia diberi balasan baik di dunia ini
dan di dunia akan dating. Di dunia ini dia menjalani kehidupan yang damai dan
bahagia, manakala di akhirat nanti dia berhak mendapat syurga, kebahagiaan
abadi iaitu Al-Jannah. Sekiranya dia memilih jalan keburukan dan kejahatan,
iaitu dia juga bebas memilih dan mengikutinya, kehidupannya rosak di dunia ini
dan di kehudupan yang mendatang. Dia akan menghadapi kesengsaraan dan kepedihan
yang dipanggil neraka.“
Membuang rasa benci dalam hati
memang sukar dilakukan. Apatah lagi seseorang itu pernah menolak cinta kita.
Sudah pasti yang timbul adalah rasa benci, malu, rendah diri, jengkel bahkan
hasad dendam. Sekiranya tidak kuat iman, kita sanggup membuat perbuatan
terlarang.
No comments:
Post a Comment