Sunday, 11 May 2014

Adik beradik

Saya memiliki lima adik beradik. Memiliki seorang abang sulong, seorang kakak, dan dua adik lelaki. Saya anak ketiga, ketika kami masih kecil, kami sering bertengkar. Bagai kata pujangga, lautan mana yang tidak bergelora? Sehinggakan saya amat benci hidup bersama mereka. Sering dibuli oleh abang, dengan perangai adik yang sentiasa mengadu pada mak dan mendapat lebih perhatian berbanding saya. 

Air yang dicincang tidak akan putus. Banyak pengalaman suka dan duka kami lalui bersama. Tapi, ia tidak berkekalan lama. Mereka pegi satu per satu, abang dan dua adik lelaki saya telah dijemput menghadap Ilahi. Ketika itu saya tidak merasa kehilangan. Pada usia tujuh tahun, masih tidak memahami erti kehidupan dan kehilangan.

Saya mula berfikir alangkah gembiranya memiliki perhatian dari kedua ibu bapa dan tidak lagi dibuli oleh abang. Ya, kehidupan saya kembali ceria dan gembira melalui hari yang mendatang. Sehingga dijanjikan Allah, pada satu hari saya terlihat kecerian hubungan adik beradik dari hamba Allah di hadapan mata saya. Ketika itulah terlintas difirikan saya betapa untungnya memiliki abang dan adik.

Tangisan bercucuran mengalir ke pipi tiada henti, merindukan kasih sayang seorang abang dan adik. Hanya Allah yang tahu betapa perit kedukaan yang saya lalui. Tangisan dan rintihan mengharap orang yang telah pergi, kembali ke pangkuan diri. Namun apakan daya, yang mati hanya hidup kembali apabila telah tibanya masa ke Mahsyar. 

Kerinduan menyelubungi diri kala malam berlarutan pagi. Merintih ingin dikasihi sebagaimana mereka di kasihi dan mengasihi. Rindu akan kisah silam, ceria bersama, duka bersama, bertengkar bersama. Ya, tersiksanya jiwa hanya Allah sahaja yang tahu. 

Keperitan bertambah apabila kita bertemu dengan seseorang, iras wajahnya sama dengan orang yang kita kasihi telah pergi. Melangkah nya kaki ke tingkatan satu, buat kali pertamanya saya terlihat seorang hamba Allah memiliki iras arwah abang saya, namun saya pendam dan tidak meluahkannya. Meronta jiwa ingin merasa kasih sayang nya sebagai seorang abang, namun apakan daya tiada pertalian darah. Ketika usia ku menjangkau dua puluh empat tahun, lagi sekali Allah menemukan aku dengan hambanya yang mirip arwah adik bongsu-ku. 

Apabila dikenang kembali, terasa diri jahil dan hina. Semakin ku cuba berjauhan dan melupakan mereka, semakin rapat dan dekat mereka difikiran. Tidak ku fahami diriku ini, apakah jenis kasih sayang yang aku miliki??? Ingin mengasihi dia sebagai adik ku sendiri, tapi tidak terungkap. Ku pendam jua segala perasaan di jiwa yang lara. Apa ini satu hukuman buat diriku yang pernah membenci abang dan adik-adik ku??? Atau ruang mengubati rindu kepada mereka??? Ya Allah… apakah jenis ujian yang engkau turunkan kepada ku??? Amat berat untuk aku tempuh seorang diri… Berikan aku kekuatan,  berikan aku petunjuk, agar tidak aku melakukan sesuatu yang buruk.

Pesan ku buat pembaca yang masih memiliki adik beradik, sayangi mereka selagi mana mereka masih bernyawa. Kisah ini ku nukilkan buat peringatan agar tiada diantara pembaca tersiksa akan kesilapan lampau.

No comments:

Post a Comment