Mungkin hal agamanya lebih baik daripada dahulu.Sifat soleh yang menghantar kita ke syurga, mungkin lebih dimiliki oleh dia dari yang dahulu. Sekiranya diberikan orang yang lebih sempurna, kita perlu lebih bersyukur. Lebih cantik dan lebih solehah ataupun sebaliknya. Siapa yang tidak mahu?
Dari sudut lain jangan pula kita merasakan pasangan yang ada
sekarang lebih jelik daripada dahulu. Jangan pula baru sekilas melihat, sudah
membuat kesimpulan. Setiap orang ada kekurangan dan ada kelebihan. Hal ini
sunnatullah. Seorang yang kita anggap istimewa ataupun berkelebihan dalam
satu-satu hal, pasti memiliki kelebihan dalam hal yang lain. Allah mengingatkan
kita supaya tidak memburuk-burukkan Antara satu sama lain. Ini kerana, mungkin
yang diburukkan itu jauh lebih mulia di sisi-Nya daripada yang
memburuk-burukkan.
“ Wahai orang yang
beriman, janganlah sekumpulan lelaki merendahkan kumpulan yang lain. Mungkin yang
ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Jangan pula sekumpulan perempuan
merendahkan kumpulan lain. Mungkin yang direndahkan itu lebih baik. Janganlah suka
mencelakakan dirimu sendiri, dan jangan memanggil dengan gelaran yang
mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk selepas
iman. Barang siapa yang tak bertaubat, mereka itu orang yang zalim.” Surah
al-Hujurat, ayat 11.
Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W mengingatkan, “Seorang telah cukup disebut jahat apabila
dia menghina saudara sesame Muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap Muslim
adalah Haram adalah haram untuk
Muslim yang lain.” Hadith ini
direkodkan oleh Muslim.
Ya, tiada yang sempurna termasuk pasangan kita. Apa yang
menjadi masalah bukan kekurangan yang ada pada dirinya. Tetapi, yang jadi
masalah adalah kita lebih melihat kekurangan daripada menggali kelebihan yang
ada padanya. Sekiranya kita mengamalkan cara begitu, pasti tidak tumbuh sikap
bersyukur dan baik sangka kepada-Nya. Apa yang ada hanya keluhan, penyesalan,
serta rasa tidak puas hati atas apa yang dikurniakan oleh-Nya.

No comments:
Post a Comment