Kecewa cinta ditolak? Ya.
Sakit hati kerana pinangan di tolak? Tentu sahaja.
Semua itu perkara biasa sahaja
tetapi, jangan biarkan diri kita kecewa sehingga jatuh moral. Memang mudah
diucapkan. Masalahnya, bagaimana sekiranya kita benar-benar merasakannya? Apatah
lagi sekiranya dia menolak dengan menyalahkan diri kita, ataupun menolak dengan
seburuk-buruk ucapandan sejelik-jelik perkataan.
Perasaan malu dan rendah diri
pasti timbul. Seolah-olah tiada lagi harga diri yang dapat dibanggakan.tiada
lagi semangat yang biasa menyertaisetiap langkah. Akibatnya, tidak hanya
mempengaruhi diri sendiri, tetapi juga dakwah yang dilakukan. Walau niata
terjun ke kancah dakwah bukan demi mendapatkan si pujaan, tetapi sebagai
manusia yang penuh kekurangan, apabila tidak kuat memikul dan menanggung
kegagalan cinta yang pernah diluahkan, tetap akan jatuh kelurah kekecewaan.
Semuanya kembali kepada tahap
keimanan masing-masing. Adakah kita menganggap hal sebegitu sebagai ujian yang
mendewasakan ataupun beban yang menghancurkan? Apabila masih ada iman dalam
dada, apabila masih ada keyakinan dalam diri, saya yakin penyakit kecewa tidak akan
menimpa diri. Sekiranya menimpa, ia sekadar kejutan yang mampu kita hadapi
sebaik sahaja tersedar.
Boleh sahaja kita kecewa kerana
dia yang kita cintai ternyata menyakitkan hati, lebih mencintai dan memilih
berkahwin dengan orang lain, sementara kita sendiri belum mendapat pengganti. Sekiranya
ini terjadi segera sedar dan kuasai diri. Dimana iman kit? Ayuh biarkan
kekecewaan itu terjadi hanya sesaat dan sementara. Apabila kita sudah sedar,
kerana keimanan dan keyakinan sudah menusuk dalam dada, kita perlu segera
bangkit dan berkata dengan lantang, “kecewa? Tidak mungkin”

No comments:
Post a Comment