Monday, 26 May 2014

Teman


Diri ku terdiam seribu bahasa
Menjadi alpa dengan apa yang ku terima
Menjadi sangsi akan hidup yang di jalani
Satu persatu hilang dari pandangan.
Ku sedar apa yang seharusnya ku tempuhi
Tak mungkin dapat ku leraikan lagi
Semua ini bukannya ku inginkan
Menambahkan lagi kedukaan cobalah fahami.

Ku hilang tanpa berita
Aku pergi tanpa kata
Ku berubah tanpa di sedar
Hanya mampu pendamkan rasa
Pastinya ada saja
Yang menganggu di fikiran ku
Ku menjadi tak menentu
Kedinginan hati, tak siapa yang tahu
Hanya mampu pendamkan rasa

Kini ku terdiam seribu pekataan
Mencari apa sebenar yang terjadi
Diri ku yang menjadi perbualan
Melihat perubahan diri ku ini..
Wahai teman, maafkanlah..
Andaikan ku berubah.
Bukannya ku mahu.
Namun tak mampu.
Ku selindungkan rasa di hati ku...

Sunday, 25 May 2014

Sandaran Hati


Pertemuan kita,  
Tak mungkin kan dapat ku lupa 
Yang terindah dan yang teristimewa, 
Menjadi sandaran di hati  

Dan andainya di suatu hari,  
Harusku melangkah pergi  
Kenangilah segala memori,  
Biar kekal hingga akhir nanti 

Setiap gurauan mengisi hariku,  
Setiap tawamu hilangkan resahku 
Bagaimana nanti andainya kau pergi,  
Hilanglah sandaran di hati 

Akan ku ingatkan pada dirimu,  
Setiap masa berlalu bermakna bagiku  
Mengenalimu dan menyayangimu,  
Merubah hidupku 

Andainya kau tak merasa apa yang ku rasa,  
Tidak mengapa 
Aku percaya ada hikmahnya,  
Hanya ingin kau tahu perasaanku 
Perasaanku.....  

Inginku hadiahkanmu,  
Lagu ini ikhlas dari hati.  
Siapa tahu, aku yang kau rindu. 
Akan ku ingatkan,  
Kaulah sandaran di hati.

Saturday, 24 May 2014

Tiada Yang Sempurna

Allah S.W.T maha tahu isi hati kita. Allah lebih tahu apa yang menjadi keperluan kita, melebihi pengetahuan diri kita sendiri. Apabila cinta yang kita ungkapkan bertepuk sebelah tangan atau pun terkandas ditengah jalan, Allah telah menyediakan pengganti yang lebih baik dan sepadan. lebih baik tidak bererti lebih cantik ataupun tampan, tidak juga lebih kaya ataupun berpendidikan.

Mungkin hal agamanya lebih baik daripada dahulu.Sifat soleh yang menghantar kita ke syurga, mungkin lebih dimiliki oleh dia dari yang dahulu. Sekiranya diberikan orang yang lebih sempurna, kita perlu lebih bersyukur. Lebih cantik dan lebih solehah ataupun sebaliknya. Siapa yang tidak mahu?



Dari sudut lain jangan pula kita merasakan pasangan yang ada sekarang lebih jelik daripada dahulu. Jangan pula baru sekilas melihat, sudah membuat kesimpulan. Setiap orang ada kekurangan dan ada kelebihan. Hal ini sunnatullah. Seorang yang kita anggap istimewa ataupun berkelebihan dalam satu-satu hal, pasti memiliki kelebihan dalam hal yang lain. Allah mengingatkan kita supaya tidak memburuk-burukkan Antara satu sama lain. Ini kerana, mungkin yang diburukkan itu jauh lebih mulia di sisi-Nya daripada yang memburuk-burukkan.

“ Wahai orang yang beriman, janganlah sekumpulan lelaki merendahkan kumpulan yang lain. Mungkin yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lain. Mungkin yang direndahkan itu lebih baik. Janganlah suka mencelakakan dirimu sendiri, dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk selepas iman. Barang siapa yang tak bertaubat, mereka itu orang yang zalim.” Surah al-Hujurat, ayat 11.

Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W mengingatkan, “Seorang telah cukup disebut jahat apabila dia menghina saudara sesame Muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap Muslim adalah Haram adalah haram untuk Muslim yang lain.”  Hadith ini direkodkan oleh Muslim.

Ya, tiada yang sempurna termasuk pasangan kita. Apa yang menjadi masalah bukan kekurangan yang ada pada dirinya. Tetapi, yang jadi masalah adalah kita lebih melihat kekurangan daripada menggali kelebihan yang ada padanya. Sekiranya kita mengamalkan cara begitu, pasti tidak tumbuh sikap bersyukur dan baik sangka kepada-Nya. Apa yang ada hanya keluhan, penyesalan, serta rasa tidak puas hati atas apa yang dikurniakan oleh-Nya.






Thursday, 22 May 2014

Usah Bermain Dengan Perasaan



Sifat mengutamaan perasaan, tanpa mengira lelaki ataupun perempuan, ada kalanya menjadi kelemahan dalam diri. Pada zaman Rasulullah S.A.W, apabila seorang wanita daripada kabilah Makhzumiah mencuri, Rasulullah S.A.W tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman potong tangan. Rasulullah S.A.W seorang yang lemah lembut, namun semasa menegakkan hokum Allah S.W.T, ketegasan baginda luar biasa. Baginda tidak bermain-main dengan perasaannya. 

Semasa orang Quraish meminta Usamah bin Zaid mengajukan kepada Rasulullah S.A.W supaya hukuman di ringankan, baginda marah dan berkata, “Wahai manusia, apa yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kamuadalah apabila mereka mengetahui ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi, apabila mereka mendapati ada orang lemah yang mencuri, mereka menjatuhkan hukuman. Demi Allah S.W.T sekiranya Saidatina Fatimah Binti Muhammad yang mencuri, aku memotong tangannya.” Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Sikap tegas Rasulullah S.W.T perlu ada pada semua hakim supaya apabila mereka menjatuhkan hukuman, mereka tidak dimainkan oleh perasaan dan mereka tetap tegas. Sekiranya pesalah ternyata bersalah, hukuman perlu dijatuhkan, tanpa mengira status dan pangkat pesalah untuk setiap pesalahuntuk setiap kesalahan, hukuman perlu ditegakkan.

Allah S.W.T  mengingatkan, “Wahai orang beriman, jadi orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah, dan menjadi saksi yang adil. Jangan dibiarkan kebencianmu kepada satu kaum, mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adil kerana adil dekat kepada taqwa. Bertaqwa kepada Allah S.W.T, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Maidah, ayat 8.

Sekiranya kita sedang mengalami kegagalan bercinta, jangan bermain-main dengan perasaan. Ini kerana, ia menjadikan diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik daripada dirinya, dan tiada siapa dapat mengisi relung hati kita selain dirinya. Begitu yang terjadi apabila perasaan memainkan peranan. Apa yang timbul adalah rasa kerdil, pandangan kerdil dan sikap yang membuatkan diri menjadi lemah dan dikasihani, seperti mengeluh, bersedih, dan meratapi kegagalan.

Oleh itu, keyakinan erlu ditanam di dalam hati. Walau apa pun yang menimpa diri, kita perlu berlapang dada. Lihat semua masalah dengan kaca mata iman, bukan perasaan. Sehingga timbul penyesalan kepada apa menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.

Wednesday, 21 May 2014

Rahsia Kita Dengan Allah


Wahai saudara, saudari, sahabat, dan kamu yang pernah singgah di dalam lubuk hati ku, biar kisah ini menjadi rahsia di Antara kita dan Dia. Sememangnya baik untuk diketahui, biar Dia yang menyingkab tabirnya. Namun, sekiranya tiada kemaslahatan untuk di singkap, lebih baik kita jadikannya rahsia abadi yang kita bawa sehingga mati.

Biar kisah kegagalan bercinta yang kita alami menjadi misteri. Tiada seorang pon menyangka, dia yang menjadi dirimu patah hati, kecewa dan merana, rupa-rupanya dia yang sering dilihat di hadapan mata. Biar hal ini menjadi saranan motivasi untuk terus melangkah, dan menatap masa hadapan yang lebh cerah. Oleh sebab itu tidak perlu orang lain tahu.

Allah s.w.t yang maha menggenggam lebih tahu mana yang terbaik untuk diungkapkan dan mana yang tidak perlu. Seperti kisah nabi dalam al-Quran, sebahagian diceritakan dan ssebahagian lagi tidak. Pasti ada rahsia dan hikmmahnya.

Sesungguhnya Kami utus beberapa Rasul sebelum kamu, Antara mereka ada yang Kami ceritakan kepada kamu, dan Antara mereka ada pula tidak kami ceritakan.Surah al-Mukmin ayat 78.

Biar kisah kita menjadi rahsia antara kita dan Allah s.w.t, ataupun lebih lengkap lagi, Antara kita, dia, dan Allah s.w.t.


Tuesday, 20 May 2014

Mengapa Kecewa?



Kecewa cinta ditolak? Ya.
Sakit hati kerana pinangan di tolak?  Tentu sahaja.

Semua itu perkara biasa sahaja tetapi, jangan biarkan diri kita kecewa sehingga jatuh moral. Memang mudah diucapkan. Masalahnya, bagaimana sekiranya kita benar-benar merasakannya? Apatah lagi sekiranya dia menolak dengan menyalahkan diri kita, ataupun menolak dengan seburuk-buruk ucapandan sejelik-jelik perkataan.

Perasaan malu dan rendah diri pasti timbul. Seolah-olah tiada lagi harga diri yang dapat dibanggakan.tiada lagi semangat yang biasa menyertaisetiap langkah. Akibatnya, tidak hanya mempengaruhi diri sendiri, tetapi juga dakwah yang dilakukan. Walau niata terjun ke kancah dakwah bukan demi mendapatkan si pujaan, tetapi sebagai manusia yang penuh kekurangan, apabila tidak kuat memikul dan menanggung kegagalan cinta yang pernah diluahkan, tetap akan jatuh kelurah kekecewaan.

Semuanya kembali kepada tahap keimanan masing-masing. Adakah kita menganggap hal sebegitu sebagai ujian yang mendewasakan ataupun beban yang menghancurkan? Apabila masih ada iman dalam dada, apabila masih ada keyakinan dalam diri, saya yakin penyakit kecewa tidak akan menimpa diri. Sekiranya menimpa, ia sekadar kejutan yang mampu kita hadapi sebaik sahaja tersedar.

Boleh sahaja kita kecewa kerana dia yang kita cintai ternyata menyakitkan hati, lebih mencintai dan memilih berkahwin dengan orang lain, sementara kita sendiri belum mendapat pengganti. Sekiranya ini terjadi segera sedar dan kuasai diri. Dimana iman kit? Ayuh biarkan kekecewaan itu terjadi hanya sesaat dan sementara. Apabila kita sudah sedar, kerana keimanan dan keyakinan sudah menusuk dalam dada, kita perlu segera bangkit dan berkata dengan lantang, “kecewa? Tidak mungkin”

Dimanakah Jodohku



Setiap kejadian yang berlaku sudah diatur sedemikian rupa oleh Dia yang Maha Kuasa. Tidak terkecuali hal jodoh. Mungkin Allah S.W.T mehu memberikan kejutan berkenaan jodoh terbaik kita.

“Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakal kepada Allah S.W.T. Sesungguh nya Allah S.W.T menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya. Sekiranya Allah S.W.T menolong kamu, tiada orang yang mampu mengalahkan kamu. Sekiranya Allah S.W.T membirakan kamu tanpa pertolongan, siapa lagi yang dapat menolong kamu? Hanya kepada Allah S.W.T orang mukmin bertawakal.” Surah Ali Imran, ayat 159 hingga 160.

Dunia kadang kala kelihatan sempit. Mungkin sudah berkali-kali kita mengharungi samudera, menjelajah hutan belantara, tetapi rupa-rupanya pujaan hati belahan jiwa yang kita cari dan nantikan selama ini, yang sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T, adalah jiran sebelah rumah.

Sekiranya itu yang berlaku, kita perlu terima dengan penuh kesyukuran. Syariat tidak menentang, undang-undang juga tidak melarang. Walaupun kita sudah merantau ke serata tempat, menjelajah hutan belantara yang dipenuhi binatang buas, menakluki samudera yang luas, sekiranya jodoh kita ditakdirkan sebelah rumah bagaimana?

Sunday, 18 May 2014

Tiada Dendam, Tiada Sakit Hati



Tiada dendam, rasa sakit hati dan tidak perlu bermusuhan dengan dia, walaupun rasa sakit sukar dilupakan, seolah-olah sumsum batin yang dalam yang dikoyak-koyakkan. Oleh itu pandai-pandai dalam menata dan menjaga hati supaya tidak diperdaya oleh si durjana. Tiada yang dapat mengarahkannya selain diri kita sendiri.

Sebagaimana kata-kata Syeikh Abul A’la Al-Maududi, “ Sekiranya manusia mengikuti jalan kebaikan dan kebenaran, iaitu dia bebas memilih dan mengikutinya, dia diberi balasan baik di dunia ini dan di dunia akan dating. Di dunia ini dia menjalani kehidupan yang damai dan bahagia, manakala di akhirat nanti dia berhak mendapat syurga, kebahagiaan abadi iaitu Al-Jannah. Sekiranya dia memilih jalan keburukan dan kejahatan, iaitu dia juga bebas memilih dan mengikutinya, kehidupannya rosak di dunia ini dan di kehudupan yang mendatang. Dia akan menghadapi kesengsaraan dan kepedihan yang dipanggil neraka.“

Membuang rasa benci dalam hati memang sukar dilakukan. Apatah lagi seseorang itu pernah menolak cinta kita. Sudah pasti yang timbul adalah rasa benci, malu, rendah diri, jengkel bahkan hasad dendam. Sekiranya tidak kuat iman, kita sanggup membuat perbuatan terlarang.