Wednesday, 21 May 2014

Rahsia Kita Dengan Allah


Wahai saudara, saudari, sahabat, dan kamu yang pernah singgah di dalam lubuk hati ku, biar kisah ini menjadi rahsia di Antara kita dan Dia. Sememangnya baik untuk diketahui, biar Dia yang menyingkab tabirnya. Namun, sekiranya tiada kemaslahatan untuk di singkap, lebih baik kita jadikannya rahsia abadi yang kita bawa sehingga mati.

Biar kisah kegagalan bercinta yang kita alami menjadi misteri. Tiada seorang pon menyangka, dia yang menjadi dirimu patah hati, kecewa dan merana, rupa-rupanya dia yang sering dilihat di hadapan mata. Biar hal ini menjadi saranan motivasi untuk terus melangkah, dan menatap masa hadapan yang lebh cerah. Oleh sebab itu tidak perlu orang lain tahu.

Allah s.w.t yang maha menggenggam lebih tahu mana yang terbaik untuk diungkapkan dan mana yang tidak perlu. Seperti kisah nabi dalam al-Quran, sebahagian diceritakan dan ssebahagian lagi tidak. Pasti ada rahsia dan hikmmahnya.

Sesungguhnya Kami utus beberapa Rasul sebelum kamu, Antara mereka ada yang Kami ceritakan kepada kamu, dan Antara mereka ada pula tidak kami ceritakan.Surah al-Mukmin ayat 78.

Biar kisah kita menjadi rahsia antara kita dan Allah s.w.t, ataupun lebih lengkap lagi, Antara kita, dia, dan Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment