Friday, 16 May 2014

Jangan Nampakkan Kesedihanmu






Manusia adalah makhluk yang mulia. Kita sebagai manusia di bekalkan dengan potensi dan kemampuan hebat. Potensi jasad membolehkan diri kita bergerak, potensi akal sebagai tempat berfikir, dan potensi  hati sebagai tempat merasa dan menganalisis. Cuba berfikir dengan jernih danrenung dengan suara hati, “ Adakah kerana tidak Berjaya mendapatkan dia, dan melihat dia kini bahagia di hadapan mata, aku berduka dan bersedih seolah-olahkehilangan semuanya? Adakah kerana masalah itu aku kalah??? ”

Jangan biarkan hal sedemikian menimpa kita, wahai sahabat ku. Jangan menampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan kita dengan penuh keyakinan. Teruskan tersenyum dan tunjukkan yang kita juga sedang bahagia. Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat untuk menghadapinya, ataupun jatuh tersungkur dan terkulai???

Berusaha untuk tidak menunjukkan kesedihan. Namun sekiranya dikhuatiri kepedihan hati tidak mampu debendung, lebih baik jangan hadir. Jangan memaksa diri jika itu menyiksa hati. Sekiranya kita sudah bersedia dari segi mental, pergi kemajlis perkahwinannya. Itu lebih baik. Semoga ada hikmah dan pelajaran berharga yang dapat di ambil. Setiap kejadian yang berlaku tiada kebetulan. Semuanya tertulis dengan jelas dalam takdir-Nya.

No comments:

Post a Comment