Saya kurang bersetuju dengan istilah ‘cinta monyet’. Adakah tiada
istilah lain sebagai ganti?
Saya ingin bercerita atau menurahkan isi hati saya. Semasa saya
berada di tingkatan empat, saya dikecewakan oleh gadis impian saya. Setahun enam
bulan lamanya kubu cinta dibina bersama, akhirnya punah kerana
ketidaksetiaannya pada saya. Bukan saya ingin menyatakan wanita kerap berlaku
curang, Cuma itu lah ujian yang harus saya lalui. Igatan saya pada gadis itu
menyebabkan pelajaran terganggu. Saya hampir berputus asa apabila markah satu
daripada mata pelajaran yang saya ambil, merosot teruk kerana memikirkan gadis
tersebut. Benar kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, “seorang pencinta adalah
korbanpembunuhan orang yang dicintainya, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan
hina di hadapannya.”
Ya Allah… Engkau tidak pernah salah. Larangan menjauhi zina
sememangnya membawa kepada banyak kebaikan. Engkau tidak pernah zalim kepada
hamba-Mu, ya Rabb.
Saya yakin perasaan suka ataupun cinta seseorang yang
berlainan jantina, ketika masih dibaluti pakaian sekolah, hanya ‘cinta monyet’
yang tidak menjurus kepada ikatan pernikahan. Meskipun masih bersekolah rendah
mahupun menengah, ada dalam kalangan pelajar ini sudah memiliki keinginan untuk
melayari bahtera perkahwinan. Tetapi kes sebegitu jarang terjadi.
Sekiranya begitu, lupakan sahaja dirinya. Lebih baik
fokuskan diri dan berusaha mencapai cita-cita. Ia lebih baik dan menyenangkan
daripada memikirkan dirinya yang belum pasti menjadi jodoh pilihan Allah.
Kembali semula kepada kisah cinta monyet atau cinta pertama
saya. Saya masih belum mampu menerima jawapan pada persoalan yang sering timbul
di benak akal fikiran. Kekerapan kami bertemu di sekolah, membuatkan saya bertambah
sukar melupakan gadis tersebut. Ya, begitulah cinta, sungguh menyiksa!
No comments:
Post a Comment